Tuesday, May 10, 2011

kasihnya ayah ~

ayah.
this entry is fully dedicated to u even though u won't know that i have make it special just for u. 



*this was taken on 8th may 2011. I Love U ayah. :)

19 november 1990.tepat jam 11.11pagi terukir senyuman seorang ayah apabila mengetahui yang seorang lagi anak perempuan nya telah selamat di lahir kan.dia masuk dan mengikamat kan anak perempuan kedua nya.


hari-2 berlalu dan anak-2 nya kian membesar.perit jerih yang di lalui untuk membesar kan anak-2 nya di lalui dengan senyuman yang terukir. tiada sedikit pun rasa keluh kesah yang di hembur kan.setiap dugaan yang di turun kan ayah ini hadapi dengan lapang dada.


terdetik di hati anak, gembira kah sebenar nya ayah ku ini? atau sering kali ayah ku menyembunyikan segala apa yang tersirat? apakah aku anak yang menyenangkan atau pun kurang senang? segala persoalan di teka-2.


setiap hari ayah ini pasti akan ke tempat kerja menunggang motosikal. walaupun mempunyai kereta dia pasti memilih sesuatu yang bisa menjimatkan wang nya demi anak-2 nya yang di sayangi. namun, adakah anak-2 nya akan menghargai segala pengorbanan si ayah?perut yang kosong hanya di isi dengan sesuatu yang bisa mengalas perut. terdetik di hati si anak ini. kerana ini ayah senang sakit. kerana siapa? kerana siapa?kerana si anak-2.


pengorbanan ayah jangan di anggap remeh. mungkin syurga di tapak kaki ibu, namun ayah juga banyak menabur bakti pada si anak-2 nya. ayah banyak bersusah.ayah banyak memberi tenaga.ayah banyak mengajar erti hidup sebenar.


terima kasih ayah.kehidupan si anak ini lebih menjurus pada mu. kasih mu tidak ternilai harga nya. jasa mu tidak terbalas dengan wang. hanya ingatan tulus ikhlas beserta doa buat mu. si anak ini sentiasa mendoa kan mu.


p/s : ayah, untuk segala apa yang ayah beri, saya hargai dan ucapan terima kasih yang tiada penghujung untuk mu. segala ilmu tentang hidup yang kau beri amat bermakna kerana itu lah yang banyak memberi tunjuk ajar pada ku serta menjadi pegangan ku.




saya sayang ayah !

*menaip entry dengan linangan air mata. T.T

No comments:

Post a Comment

cakap-cakap tentang ini blog .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...